February 10, 2017

Pengertian Pergaulan dalam Islam


Pengertian Pergaulan dalam Islam



January 20th, 2017 by Teter


Kawan, persahabatan dan persaudaraan mempunyai makna yang menjunjung
prinsip kehidupan. Saya telah menyusun beberapa hadis dan ayat-ayat Al Quran berkaitan dengan
persahabatan untuk dijadikan rujukan.


Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat (Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain,
kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (al-Zukhruf:67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan


Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah
dalam memilih sahabat.” (Riwayat Ahmad)


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari

Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil
berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah
baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku
dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan
melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)



Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi1


Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan
dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar
minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan
daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi
pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.
(Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana


Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda.
Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat.” (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin


Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin.” [Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa


Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa.” (Riwayat Abu Daud)



Hadis Persahabatan: Cermin


Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara
satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa
ketiadaannya” (Riwayat Abu Daud)



Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah


Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah,
kasih demi Allah, benci pun demi Allah.” (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir
dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut


Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu
memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai
bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan.
(Riwayat Muslim)


Hadis Persahabatan: Rasa Sayang


Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia
beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat


Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:

عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا


Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan
umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai
saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu
Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka

Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق


Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis
apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)

Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan


Rasulullah s.a.w. bersabda:

عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا


Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya
sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)

Related Posts

Pengertian Pergaulan dalam Islam
4/ 5
Oleh